Trump Arah Tindakan Tegas, Individu Bakar Bendera AS Bakal Dipenjara! | Trending – Oh! Media

Trump Arah Tindakan Tegas, Individu Bakar Bendera AS Bakal Dipenjara! | Trending – Oh! Media

Trending

Sekiranya didapati bersalah boleh dihukum penjara setahun.


Presiden, Donald Trump sekali lagi menarik perhatian ramai apabila menandatangani satu perintah eksekutif baharu dengan menghapuskan jaminan tanpa tunai bagi penjenayah yang ditahan di Washington D.C dan turut menggariskan tindakan undang-undang keras terhadap individu yang didapati membakar bendera Amerika Syarikat (AS).

Langkah kontroversi itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pemerhati politik dan aktivis hak asasi manusia, yang menilai ia berpotensi meningkatkan jumlah tahanan sementara di penjara serta menimbulkan perdebatan mengenai kebebasan bersuara.

Trump pertahan perintah eksekutif, tegas demi kedaulatan undang-undang dan simbol negara

Flag of the Usa

Trump berkata, program ikat jamin tanpa tunai menyumbang kepada peningkatan jenayah di Washington dan secara rasmi akan mendakwa individu yang sengaja mencemarkan bendera Amerika Syarikat.

Membakar bendera Amerika Syarikat akan berdepan hukuman penjara selama setahun

Trump menambah lagi keputusan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk ‘mengembalikan undang-undang dan ketenteraman’ di ibu negara, sekali gus menghantar mesej jelas bahawa sebarang bentuk tindakan yang dianggap mencabar simbol negara tidak akan dikompromi.

Peguam Negara, Pam Bondi juga menjelaskan bahawa tindakan membakar bendera tidak seharusnya dianggap bercanggah dengan Pindaan Pertama Perlembagaan AS.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung pada tahun 1989 melalui kes Texas lawan Johnson pernah memutuskan perbuatan itu sebenarnya dilindungi di bawah hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam pindaan tersebut.

Pssttt! Walaupun setiap individu ada hak menyuarakan pendapat, cara menyampaikannya mesti berhemah. Kebebasan tidak bermaksud boleh mencemarkan simbol negara atau mencetuskan provokasi.

Kredit: NST
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Scroll to Top