Trump bayangkan AS akan beralih ke Cuba selepas operasi ketenteraan di Iran selesai

Trump bayangkan AS akan beralih ke Cuba selepas operasi ketenteraan di Iran selesai
Trump bayangkan AS akan beralih ke Cuba selepas operasi ketenteraan di Iran selesai

Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump pada Khamis memberi bayangan bahawa pentadbirannya akan menumpukan perhatian kepada Cuba selepas menyelesaikan operasi ketenteraan terhadap Iran, lapor Anadolu Ajansı.

“Apa yang berlaku dengan Cuba amat menarik dan kami fikir kami mahu memperbaikinya. Selesaikan yang ini (Iran) dahulu, tetapi hanya soal masa sebelum anda dan ramai lagi individu luar biasa akan kembali ke Cuba,” katanya ketika berucap pada satu acara di Rumah Putih.

Trump berkata, Cuba sangat terdesak untuk “membuat perjanjian”.

Sebelum ini, beliau berkata, Setiausaha Negara Marco Rubio sedang mengadakan rundingan dengan Cuba.

Amerika Syarikat mengenakan sekatan kembali terhadap Cuba serta menyatakan hasrat untuk menggulingkan kerajaan komunis republik itu melalui apa jua cara. – Bernama-Anadolu

 

 

 

Ringkasan AI

  • Presiden Donald Trump memberi bayangan pentadbirannya akan menumpukan perhatian kepada Cuba selepas Iran
  • Trump beranggapan Cuba sangat terdesak untuk membuat perjanjian
  • Beliau menyatakan Setiausaha Negara Marco Rubio sedang mengadakan rundingan dengan Cuba
  • Amerika Syarikat mengenakan sekatan kembali terhadap Cuba
  • AS menyatakan hasrat untuk menggulingkan kerajaan komunis Cuba melalui apa jua cara
Scroll to Top