Oh! Tidak
Trump tangguh serangan Iran selama 2 minggu, ketegangan Asia Barat makin memuncak dengan siri serangan balas.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump nampaknya sekali lagi membuktikan dia hanya bercakap kosong selepas mengumumkan penangguhan tindakan ketenteraan terhadap Iran selama dua minggu.
Keputusan ini dibuat selepas perbincangan bersama pemimpin Pakistan. Sebelum ini, Trump menetapkan tempoh 48 jam kepada Iran untuk membuka semula Selat Hormuz pada 21 Mac.

Kalau gagal, Amerika Syarikat memberi amaran akan menyerang kemudahan tenaga Iran. Namun dua hari selepas itu, Trump mengumumkan rundingan berjalan lancar dan menangguhkan serangan selama lima hari.
Rundingan yang sangat baik dan produktif.- Katanya.
Siri serangan balas semakin agresif

Walaupun ada penangguhan, situasi terus tegang apabila pelbagai serangan mula berlaku melibatkan beberapa negara di Asia Barat.
Antara yang mencuri perhatian adalah serangan ke atas pangkalan udara di Arab Saudi, selain beberapa pesawat tentera AS seperti F-15E dan A-10 Warthog dilaporkan ditembak jatuh.
Bukan itu sahaja, kemudahan tenaga dan petrokimia di beberapa lokasi termasuk Abu Dhabi dan Kuwait turut terbakar akibat serangan UAV.
Infrastruktur dan tentera jadi sasaran

Serangan tidak terhenti di situ apabila beberapa lokasi penting terus menjadi sasaran termasuk jambatan, pangkalan udara dan kompleks petrokimia di Iran.
Malah, serangan UAV di Pangkalan Udara Ali Al-Salim dilaporkan mencederakan 15 tentera AS, menunjukkan konflik ini semakin serius dan berisiko besar. Negara seperti Iran, Arab Saudi, Kuwait dan UAE kini terpalit sama dalam konflik yang semakin meruncing ini.
Pssttt! Kita tunggu dan lihat, apa lagi kenyataan panjang lebar yang akan dikeluarkan Trump selepas ini. Apapun, bagi Ohmedia apa yang dikatakan musuh tidak boleh dipegang bulat-bulat. Kita harapkan kemenangan berpihak pada yang benar.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




