mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka tiba jam 10 pagi ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Beliau turut akan menyaksikan pemeteraian perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja sejurus tiba hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyambut ketibaan beliau.
Trump akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga esok bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 atas jemputan Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025.
Wisma Putra dalam kenyataan dilaporkan berkata, ini lawatan pertama Trump ke rantau Asia Tenggara sejak dipilih sebagai Presiden AS pada Januari lalu.
Menurut Wisma Putra, hubungan dua hala antara Malaysia dan AS kekal kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957.
AS antara rakan dagang dan pelabur terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan bernilai RM324.91 bilion pada 2024
© New Straits Times Press (M) Bhd




