
Bedilan ganas Israel telah mencetuskan gelombang serangan balas Iran ke atas kemudahan tenaga di negara Teluk. – Foto Agensi
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyalahkan Israel atas serangan ke atas loji gas South Pars di Iran.
Kenyataan yang menuding jari itu dibuat pada lewat Rabu selepas Trump gagal mengawal sekutu kuatnya di bawah operasi Epic Fury tersebut yang telah memasuki minggu ketiga.
“AS dan Qatar tiada kaitan dengan serangan itu. Kami tidak tahu-menahu langsung. Israel tidak lagi akan melancarkan serangan ke atas kemudahan penting di South Pars melainkan jika Teheran menyerang Doha,” ujarnya menerusi platform Truth Social yang seakan-akan menunjukkan rasa takut terhadap kemungkinan tindak balas oleh Iran.
Tetapi, laporan Wall Street Journal dan Axios mendedahkan pemimpin Republikan itu sebenarnya sudah mengetahui pelan serangan ke atas deposit gas asli terbesar di dunia tersebut malah beliau menyokong penuh operasi tersebut.
Difahamkan, Iran berkongsi medan South Pars tersebut bersama Qatar yang merupakan sekutu rapat AS.
Ketika objektif kempen pencerobohan Trump ke atas Teheran dipersoalkan pelbagai pihak, laporan risikan AS merumuskan Iran tidak membina semula kapasiti pengayaan uranium yang menjadi sasaran serangan Washington bersama Tel Aviv pada tahun lalu.
Ia jelas bertentangan dengan justifikasi utama Presiden ke-47 itu yang menjadikannya sebagai alasan untuk menggempur Iran. – Agensi
Ringkasan AI
- Presiden AS, Donald Trump menyalahkan Israel atas serangan ke atas loji gas South Pars di Iran
- Kenyataan itu dibuat selepas Trump gagal mengawal sekutu kuatnya di bawah operasi Epic Fury
- Trump menyatakan AS dan Qatar tidak terlibat dalam serangan itu dan Israel tidak akan serang lagi kecuali Teheran menyerang Doha
- Laporan mendakwa Trump sebenarnya mengetahui dan menyokong serangan ke atas deposit gas asli terbesar di dunia
- Iran berkongsi medan South Pars bersama Qatar yang merupakan sekutu rapat AS



