Washington: Presiden Donald Trump menandatangani memorandum pada Rabu yang mengarahkan penarikan diri Amerika Syarikat (AS) daripada 66 organisasi antarabangsa kerana mereka “tidak lagi berkhidmat untuk kepentingan Amerika,” kata Rumah Putih.
Perintah itu membabitkan 31 organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan 35 entiti bukan PBB, katanya dalam satu kenyataan di X, tanpa menamakan mereka.
Trump sudah menarik Washington keluar daripada pelbagai badan dunia dalam penggal kedua pentadbirannya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




