Trending
Trump tidak tolak kemungkinan hantar tentera AS ke Iran untuk kawal uranium ketika isu nuklear Iran kembali menjadi perhatian dunia.
Ketegangan geopolitik di Timur Tengah kembali menjadi perhatian dunia apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan ramai pihak.
Menurut laporan New Straits Times, Trump dilaporkan tidak menolak kemungkinan Amerika Syarikat menghantar tentera darat ke Iran sekiranya terdapat sebab kukuh, khususnya bagi memastikan uranium diperkaya negara itu dapat dikawal dengan selamat.
Trump mungkin hantar tentera AS jika ada sebab kukuh

Trump berkata langkah menghantar tentera darat belum diputuskan tetapi ianya boleh dipertimbangkan.
Kenyataan itu merujuk kepada kemungkinan tentera Amerika Syarikat dihantar bagi mengawal bekalan uranium Iran yang menjadi perhatian komuniti antarabangsa.
Uranium Iran terus jadi isu global

Program nuklear Iran sudah lama menjadi isu sensitif dalam politik antarabangsa, terutama selepas negara itu meningkatkan tahap pengayaan uranium.
Perkara ini menimbulkan kebimbangan beberapa kuasa besar dunia yang bimbang uranium tersebut boleh digunakan bagi tujuan pembangunan senjata nuklear.
Pssttt! Apabila isu nuklear dan ketenteraan melibatkan kuasa besar dunia dibangkitkan, ia pasti menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan global. Dalam keadaan seperti ini, usaha diplomasi dan rundingan antara negara dilihat lebih penting bagi mengelakkan konflik yang lebih besar.
Kredit: New Straits Times
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



