Trump ugut kenakan tarif ke atas telefon pintar tidak dihasilkan di AS

Trump ugut kenakan tarif ke atas telefon pintar tidak dihasilkan di AS
Trump ugut kenakan tarif ke atas telefon pintar tidak dihasilkan di AS

Trump mengancam akan mengenakan tarif ke atas Samsung dan pengeluar telefon pintar lain. Gambar hiasan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Jumaat mengancam akan mengenakan tarif ke atas Samsung dan pengeluar telefon pintar lain, susulan kenyataannya sebelum ini yang menyasarkan Apple, lapor agensi berita Xinhua.

β€œ(Tarif) itu akan dikenakan juga kepada Samsung dan sesiapa sahaja yang menghasilkan produk tersebut. Jika tidak, ia tidak adil.

β€œItu akan bermula, saya kira, hujung Jun… saya rasa kita boleh laksanakannya menjelang akhir Jun,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih, apabila ditanya sama ada beliau mempunyai kuasa untuk mengenakan tarif terhadap satu syarikat sahaja.

Samsung, syarikat teknologi dari Korea Selatan, terkenal dengan siri telefon pintar Galaxy yang menjadi pesaing utama kepada iPhone keluaran Apple.

Terdahulu, Trump mengumumkan di platform media sosial bahawa beliau akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas produk Apple jika iPhone tidak dihasilkan di Amerika Syarikat.

β€œSaya telah lama memaklumkan kepada Tim Cook dari Apple bahawa saya menjangkakan iPhone yang dijual di Amerika Syarikat perlu dibuat dan dipasang di negara ini, bukan di India atau mana-mana tempat lain.

β€œJika tidak, Apple perlu membayar tarif sekurang-kurangnya 25 peratus kepada AS,” tulis Trump di platform Truth Social. – Bernama-Xinhua

Scroll to Top