TSG pertahan gelaran juara Asia 2023

TSG pertahan gelaran juara Asia 2023

TSG melakar sejarah tersendiri apabila mengekalkan gelaran nombor satu Asia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) buat kali ketiga berturut-turut tahun ini. – Foto Facebook TSG

PASUKAN berbasikal bertaraf benua Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) melakar sejarah tersendiri apabila mengekalkan gelaran nombor satu Asia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) buat kali ketiga berturut-turut tahun ini.

TSG muncul juara Asia selepas mengatasi pasukan Roojai Online Insurance dari Thailand di tempat kedua manakala wakil Jepun, JCL Team UKYO di tempat ketiga.

Selain mengulangi kejayaan diraih pada 2021 dan 2022 itu, TSG turut dinobatkan pasukan terbaik benua dan memperbaiki ranking dengan menduduki tempat ke-30 daripada 215 pasukan berbasikal dunia.

Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, kejayaan dicapai pasukan yang terdiri daripada sembilan pelumba tempatan dan empat import itu adalah hasil usaha keras dan sokongan pihak terlibat.

Scroll to Top