Tsunoda dedah hampir 'dihantar pulang' pegawai sempadan AS

Tsunoda dedah hampir 'dihantar pulang' pegawai sempadan AS

Las Vegas: Pemandu Formula Satu (F1) dari Jepun, Yuki Tsunoda, mendedahkan dia ‘hampir dihantar pulang’ oleh pegawai sempadan Amerika Syarikat (AS) ketika tiba untuk Grand Prix (GP) Las Vegas hujung minggu ini.

Tsunoda, 24 tahun, yang berlumba untuk pasukan dimiliki Red Bull, RB, memberitahu media pada bahawa dia ditahan dan disoal siasat selama beberapa jam sebelum dibenarkan memasuki negara itu.

“Nasib baik, mereka membenarkan saya masuk selepas beberapa perbincangan,” katanya.

“Sebenarnya, banyak perbincangan … Saya hampir dihantar pulang ke rumah.

“Semuanya baik sekarang, tetapi nasib baik saya berada di sini.”

Tsunoda menjelaskan bahawa dia tidak menghadapi sebarang masalah semasa memasuki AS untuk perlumbaan di Miami dan Austin, Texas, awal tahun ini.

“Saya memakai pakaian tidur, mungkin sebab itu saya tidak kelihatan seperti seorang pemandu F1,” selorohnya.

Tidak dinyatakan dengan jelas di mana Tsunoda melalui proses kastam itu.

Musim ini, Tsunoda mencatatkan lapan kemunculan dalam kedudukan 10 teratas daripada 21 perlumbaan, dan kini menduduki tempat ke-11 dalam kedudukan pemandu F1.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top