
Meshaal Barsham dijulang rakan sepasukannya selepas penentuan penalti. – Foto: AFP
PENJAGA Gol Qatar, Meshaal Barsham menyifatkan tuah mengiringi kemaraan pasukannya ke separuh akhir Piala Asia menentang Iran selepas menewaskan Uzbekistan menerusi penentuan penalti pada Ahad.
Barsham yang muncul wira menyelamatkan tiga sepakan penalti ketika Qatar menang 3-2 selepas seri 1-1 pada penghujung masa tambahan dalam perlawanan suku akhir di Stadium Al-Bayt.
“Dengan penalti ada beberapa jangkaan dan ada sedikit tuah. Syukur saya bernasib baik dan menyelamatkan tiga penalti,” katanya.
Lawan Qatar pada separuh akhir ialah Iran yang menewaskan pasukan pilihan, Jepun 2-1 pada satu lagi aksi suku akhir.