Tuan Ibrahim tegaskan PAS tak campur konflik BERSATU, nafi cuba ‘kenakan’ Muhyiddin

Tuan Ibrahim tegaskan PAS tak campur konflik BERSATU, nafi cuba ‘kenakan’ Muhyiddin

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu tidak pernah mencampuri urusan dalaman Bersatu susulan krisis yang melanda parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.

Tuan Ibrahim bidas penganalisis politik

Memetik laporan daripada Malaysiakini, kenyataan tersebut dibuat Tuan Ibrahim bagi menjawab pandangan penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan, yang mendakwa PAS menyokong Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin sebagai langkah untuk “mengenakan” Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin.

“Ulasan Azmi Hassan ini tidak benar. PAS tidak campur dalam urusan parti Bersatu bahkan isu dalaman Bersatu telah tercetus jauh lebih awal dari krisis (politik) di Perlis.
“Kalau dilihat dari awal ia telah menjadi polemik dalam Perhimpunan Agung Bersatu dan tindakan memecat dan mengantung beberapa ahli parlimen (Bersatu) dilihat semakin memanaskan suhu dalaman Bersatu,” katanya.

tuan ibrahim

Tuan Ibrahim akui krisis di Perlis timbulkan rasa kecewa

Terdahulu, laporan menyebut PAS didakwa mengambil langkah tertentu susulan krisis politik di Perlis yang menyaksikan parti itu kehilangan kerusi menteri besar dan didakwa menyalahkan BERSATU sebagai punca.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Tuan Ibrahim mengakui krisis berkenaan menimbulkan kekecewaan dalam kalangan ahli PAS, namun menegaskan keputusan Muhyiddin untuk berundur sebagai pengerusi PN adalah hak peribadi dan penggantinya akan ditentukan dalam mesyuarat gabungan.

Artikel lain: Bertahun-tahun berhemah hadap sabotaj dalaman, tapi usaha tak dihargai -Muhyiddin

Difahamkan, PN bakal mengadakan Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi pada Ahad ini jam 3 petang di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur, seperti dimaklumkan Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan.

Sumber: Malaysiakini (Haris Mohd)

Scroll to Top