Tular di media sosial seorang pengantin buang solekan dan dakwa dia telah dianiaya oleh seorang makeup artist (MUA) atau jurumekap pada hari bahagianya sehingga menyebabkan dia terpaksa mencari jurumekap lain.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Zairina Yuszairi telah memuat naik semula beberapa foto berkenaan insiden tersebut bagi meminta pendapat warga maya.
Pengantin buang solekan
Pada perkongsian itu, terdapat foto tangkap layar dipercayai daripada pengantin tersebut yang berkata dia terkilan dengan solekan MUA pertama kerana sangat tidak kemas dan comot.
“Mohon kepada bakal-bakal pengantin untuk selidik tentang mana-mana MUA yang akan make up untuk hari bahagia anda. Jangan jadi macam saya.
“Apa yang berlaku semasa majlis perkahwinan saya, saya agak terkilan kerana MUA yang saya upah tidak make up saya dengan kemas, cincai dan comot.
“Saya berasa sangat malu. Walaupun begitu, saya sangat bersyukur ada MUA lain yang sanggup tolong saya perbaiki make up yang cincai itu. Tolong jangan ambil MUA tersebut,” katanya dalam satu hantaran dipercayai di WhatsApp.
Pengantin buang solekan, terkilan dengan MUA

Susulan itu, MUA pertama telah meminta pengantin tersebut membuat penjelasan kepada orang ramai mengenai dakwaan itu kerana ia menjejaskan nama baiknya.
Tinjauan lanjut mendapati MUA kedua yang menggantikan MUA pertama rupanya turut serta membuat kenyataan berkenaan insiden tersebut.
Menurut MUA kedua, solekan daripada MUA pertama sangat tidak kemas kerana sehingga menyebabkan ibu kepada pengantin terpaksa mencari jurumekap lain.
Pengantin buang solekan kerana tidak kemas

MUA kedua terpaksa membuang semua solekan tersebut dan menggantikannya dengan solekan seakan-akan era 80-an atas permintaan pengantin lelaki dan keluarganya.
Menjengah ke ruangan komen Zairina Yuszairi, rata-rata warga maya lebih menyukai solekan daripada MUA pertama kerana ia kelihatan lebih kemas dan sesuai dengan pengantin.
Artikel lain: Buat ‘live’ TikTok di tempat kemalangan, dua lelaki ‘kaku’ ditegur polis
Sementara itu, Oh My Media juga melakukan tinjauan ke TikTok MUA Pertama dan mendapati pengantin telah meminta MUA itu untuk melakukan solekan buat majlis akad nikah, bersanding dan majlis bertandang nanti.
Susulan insiden ini, MUA pertama membatalkan tempahan daripada pengantin tersebut untuk memasang solekan pada majlis bertandang nanti.

Namun begitu, kejadian ini bukanlah insiden yang mudah kerana rupanya MUA pertama dan MUA kedua pernah berselisih faham sebelum ini.
Tidak cukup dengan itu, MUA kedua seakan-akan gembira dengan perhatian dari warga maya kepada platform media sosialnya walaupun dia dikecam.
Sumber: Facebook Zairina Yuszairi, TikTok Farah Fikri




