Tuduhan R*gol Jejaskan Emosi Anak Perempuan Ebit Lew, Menangis Lepas Baca Berita Di Internet

Tuduhan R*gol Jejaskan Emosi Anak Perempuan Ebit Lew, Menangis Lepas Baca Berita Di Internet

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengakui jiwanya luluh apabila difitnah dengan tuduhan kes rogol yang tular sebelum ini sehingga turut memberi kesan kepada ahli keluarganya.

Dalam pendedahan menerusi podcast Soutudeen, Ebit atau pemilik nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew, 41, berkata dia tidak pernah menyangka akan berdepan ujian seberat itu sepanjang perjalanan dakwahnya.

“Waktu itu saya sedang berdakwah di London. Transit di Makkah, sempat buat umrah, kemudian balik ke Malaysia dan terus buat laporan polis. Lepas itu saya kemukakan saman dan lalui proses mahkamah.

“Awalnya memang rasa marah, tapi lama-kelamaan saya serahkan segalanya kepada undang-undang. Bila kena tuduh macam tu, ia sangat berat. Banyak kali saya diuji sebelum ini, tapi kali ini paling menyakitkan,” katanya.

Ebit turut berkongsi rasa luluh apabila anak perempuannya menangis selepas menemui berita berkenaan di internet.

“Anak saya balik rumah, menangis. Di sekolah, bila buka internet keluar ‘Ebit Lew disiasat kes rogol’. Itu bukan tuduhan kecil,” katanya lagi.

Malah, Ebit mendedahkan seorang doktor yang ditugaskan menjalankan pemeriksaan ke atasnya juga tidak dapat menahan sebak.

“Saya dipanggil ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor yang ambil darah saya pun menangis. Katanya, ‘Ustaz, saya sayang ustaz… hari-hari saya dengar ceramah ustaz’.

“Saya dituduh merogol di hotel antara pukul 1 hingga 2 pagi. Tapi demi Allah, saya tak pernah pun masuk hotel tu,” katanya.

@soutudeen

Ustaz Ebit Lew menang case. Watch full video di Youtube Soutudeen feat @Ebit Lew

♬ original sound – soutudeen – soutudeen

Pada September 2023, Ebit tampil membuat laporan polis selepas seorang wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo, mendakwa dirinya diganggu secara seksual oleh individu berperwatakan alim yang kemudian dikaitkan dengan Ebit.

Pendedahan itu dibuat dalam satu podcast bersama pempengaruh, Caprice.

Namun, mahkamah kemudian memutuskan bahawa Mondy perlu membayar ganti rugi RM20,000 kepada Ebit atas fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Kredit: Podcast Soutudeen

Scroll to Top