Tehran: Jumlah kanak-kanak yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Tehran telah meningkat kepada tujuh, kata ketua akhbar Kementerian Kesihatan Iran, Hossein Kermanpour pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Press TV melaporkan sekurang-kurangnya enam kanak-kanak terbunuh dalam serangan semalaman Amerika Syarikat (AS) dan Israel di wilayah Tehran.
“Malam tadi, pesawat pejuang AS menyerang Tehran. Tujuh kanak-kanak di bawah umur 10 tahun terbunuh, seorang berumur bawah setahun, hampir tidak dapat dikenal pasti,” menurut hantaran Kermanpour di platform media sosial X.
Pada 28 Feb, AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, termasuk di Tehran, menyebabkan kerosakan dan kematian orang awam.
Iran bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Asia Barat.
AS dan Israel mendakwa serangan yang disifatkan sebagai langkah pencegahan (preemptive) itu adalah perlu bagi mengatasi ancaman dikatakan daripada program nuklear Iran.
© New Straits Times Press (M) Bhd




