Tujuh negeri masih aktifkan PPS, 449 mangsa banjir direkodkan

Tujuh negeri masih aktifkan PPS, 449 mangsa banjir direkodkan

suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak tujuh negeri masih mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan 449 mangsa banjir membabitkan 157 keluarga, sehingga pagi tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikemaskini pada jam 8 pagi tadi, sebanyak 14 PPS masih beroperasi iaitu di Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Di Terengganu, sebanyak lima PPS dibuka iaitu empat di Hulu Terengganu dan satu di Kemaman yang menempatkan 126 mangsa daripada 42 keluarga.

Sementara di Sarawak, dua PPS dibuka iaitu di Miri yang menempatkan 122 mangsa daripada 52 keluarga.

Keadaan Kelantan, Selangor, Sabah, Pahang dan Perak bertambah baik apabila hanya satu PPS beroperasi di semua negeri itu, sehingga kini.

Di Kelantan, PPS dibuka di Gua Musang yang menempatkan 54 mangsa banjir; Selangor di Gombak (47 mangsa); Sabah di Tawau (40 mangsa); Pahang di Cameron Highlands (38) dan Perak di Hilir Perak (empat mangsa).

Semua 449 mangsa banjir membabitkan masing-masing 146 lelaki dan perempuan, selain 157 kanak-kanak serta bayi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top