Tukang Urut Tawar Servis ‘Extra’ Dicekup JAINJ, Guna Iklan Muka Cantik Tapi Hakikat Mengejutkan | Oh! Tidak – Oh! Media

Tukang Urut Tawar Servis ‘Extra’ Dicekup JAINJ, Guna Iklan Muka Cantik Tapi Hakikat Mengejutkan | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Dua tukang urut warga asing ditahan JAINJ di Johor Bahru, guna taktik licik tarik pelanggan.


Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berjaya menumpaskan sindiket tukang urut yang menawarkan khidmat ‘tambahan’ kepada pelanggan lelaki.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Penguatkuasa JAINJ berkata, dua tukang urut yang ditahan adalah wanita warga asing beragama Islam.

Tukang urut dicekup di hotel

Ketika itu, tukang urut sedang berada di bilik hotel bersama pelanggan lelaki masing-masing. Dalam bilik pertama, seorang lelaki bujang berumur 33 tahun dicekup bersama tukang urut berusia 44 tahun.

Jainj
Foto Facebook Penguatkuasa JAINJ

Bilik kedua pula, lelaki bujang berumur 28 tahun ditahan bersama wanita berusia 41 tahun. Difahamkan, mereka bergerak dari satu hotel ke hotel lain untuk mencari pelanggan, selain menggunakan media sosial bagi mempromosikan khidmat urutan.

Tukang urut tawar khidmat ‘tambahan’ jika diminta pelanggan

Tukang Urut
Foto Facebook Penguatkuasa JAINJ

Difahamkan, tangkapan dibuat selepas risikan penguatkuasa selama sebulan. Penguatkuasa menyamar sebagai pelanggan untuk mengetahui taktik licik yang digunakan.

Menurut siasatan, bayaran urutan biasa yang dikenakan adalah RM70, tetapi jika mahu ‘urutan batin’ atau lebih ‘power’, pelanggan perlu tambah RM50 lagi.

Ada juga yang sanggup bayar lebih untuk perkhidmatan tambahan. Malah, pelanggan wajib membuka semua pakaian semasa sesi urutan, manakala tukang urut berpakaian lengkap.

Sementara itu, iklan di internet menunjukkan wanita cantik dan muda dengan ketinggian serta berat badan yang ideal.

Namun, apabila bersemuka, wajah sebenar tidak sama langsung seperti dalam gambar di mana umur mereka mencecah 40-an dan berat dianggarkan sekitar 75kg.

Bisnes licik dan minyak urut ‘khas’

Tukangurutonline

Selain media sosial, mereka turut mengiklankan khidmat melalui kad perniagaan. Di hadapan nampak seperti iklan urut biasa, tapi hakikatnya di belakang ada perkhidmatan yang tidak bersih.

Serbuan turut menemui pelbagai minyak urut termasuk minyak belut dan minyak lintah gunung. Hasil siasatan, bilik hotel yang digunakan disewa sehari pada kadar RM40.

Ada guna disewa secara mingguan dan bulanan. Lebih menyedihkan, bisnes haram ini mampu bertahan lama kerana pelanggan tidak pernah putus, termasuk golongan suami orang.

Aduan isteri bongkar kegiatan

Urut

Katanya, aduan daripada isteri salah seorang pelanggan membawa kepada risikan dan penangkapan sindiket tersebut.

Dalam aduan itu, si isteri berasa kesal kerana suami kerap ke hotel itu selepas waktu kerja. Malah, suami memberi alasan tiada duit ketika anak meminta air Milo, disuruhnya minum teh O je!

Pssttt! Jangan sampai maruah diri tergadai kerana keseronokan sementara. Perbuatan salah tetap akan terbongkar walau licik sekalipun cara yang digunakan.

Kredit: Facebook Penguatkuasa JAINJ 2025
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top