Tulang Selangka Retak, Syamel Diarah Rehat 2 Minggu

Tulang Selangka Retak, Syamel Diarah Rehat 2 Minggu

Siapa sangka hobi bermain futsal menjadi insiden yang mungkin tak boleh dilupakan buat penyanyi Syamel.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story, pelantun lagu Belakang Tabir ini mengaku mengalami kecederaan dibahagian tulang selangkanya (collarbone fracture).

Bagaimanapun dia bersyukur apabila tiada kecederaan serius yang dialami.

“Collarbone fracture. Nasib tidak menyebelahi game futsal semalam.

“Tapi nasib baik stabil tak patah dua. Jadi, nasihat saya kepada kawan-kawan yang main sukan secara hobi dan bukan olimpik, kita main sekadar keluar peluh. Pesan buat diri sendiri juga,” kongsinya.

Dalam hantaran sama, Syamel turut berkongsi foto miliknya dengan tangan kanannya dalam keadaan berbalut usai mendapatkan rawatan disebuah hospital.

Sementara itu, isterinya yang juga penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri memaklumkan, suaminya itu diminta untuk berehat selama dua minggu bagi proses penyembuhan.

“Main friendly match futsal katanya. Tahu tahu balik injured.Collar bone fracture. Semoga cepat sembuh.

“Doktor minta rehat dua minggu. Harap-harap cepatlah proses penyembuhan.

“Kalau beriya main macam nak rebut piala Thomas tu better jadi pemain futsal profesional. Kadang kita hati-hati tapi orang lain tak hati-hati pelik juga,”katanya.

Scroll to Top