Oh! Artis
Ameera Khan dikaitkan dengan kerabat diraja Pahang selepas netizen mendakwa aksesori yang dipakai mereka sama.
Kecoh di Threads dakwaan mengatakan pempengaruh terkenal, Ameera Khan kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Bakar.
Difahamkan, spekulasi itu mula tercetus selepas Ameera memuat naik foto berada di Dubai. Dalam salah satu foto yang dikongsikan, ada gambar lelaki memakai aksesori rantai.
Ameera Khan dan Tengku Bakar bercinta?
Hasil ‘siasatan’ netizen mendakwa persamaan pada aksesori yang dipakai lelaki tersebut dengan Tengku Bakar.
Lebih menghangatkan keadaan apabila isu ini dikaitkan dengan perpisahan Ameera bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol.
Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang meluahkan rasa ingin tahu, malah ada yang menganggap persamaan aksesori itu sebagai ‘hint’ kepada hubungan baharu yang sedang terjalin.

Namun begitu, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Ameera mahupun Tengku Bakar mengenai dakwaan ini setakat ini. .
Pssttt! Dalam dunia yang serba pantas hari ini, spekulasi mudah tersebar hanya dengan satu gambar atau posting. Sama ada benar atau tidak hubungan ini wujud, biarlah ia disahkan oleh empunya diri sendiri.
Kredit: Instagram Ameera Khan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




