Sejak menjalani kehidupan solo, pelakon Sharnaaz Ahmad sering ‘dikenenkan’ peminat dengan beberapa orang wanita yang bergelar selebriti tanah air.
Terbaru, menerusi laporan Cari Forum, seorang wanita menggunakan akaun @diyya.eqa di aplikasi TikTok memuat naik sekeping fotonya bersama pelakon tersebut.
@diyya.eqa Jangan tag dia #fyp #fypシ #cabincrew #flightattendent #aircrew #stewardess #batikair
Berdasarkan pemerhatian di akaun TikTok itu, wanita berkenaan sering tampil berpakaian seragam dipercayai merupakan pramugari bagi sebuah syarikat penerbangan.
@diyya.eqa 36,000 feet ✈️ #fyp #fypシ #cabincrew #flightattendent #aircrew #stewardess #batikair
Gambar berbentuk video itu meletakkan kapsyen ‘Jangan tag dia’ sehingga meraih hampir 418,000 tontonan serta ratusan komen netizen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mula membuat pelbagai spekulasi selain ‘menyeru’ akaun TikTok milik Sharnaaz untuk memberikan respon berhubung foto tersebut.
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu seolah-olah patah hati sekiranya benar dakwaan kedua-dua itu adalah pasangan kekasih.








Namun begitu, tiada kesahihan dan kenyataan daripada Sharnaaz berhubung perkara tersebut yang berkemungkinan @diyya.eqa sekadar menghasilkan konten semata-mata.
Untuk rekod, Sharnaaz pernah berkahwin dengan kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Cari Forum , TikTok @diyya.eqa



