Tular Foto Berpelukan & Mesej Nakal… Amir Ahnaf Nafi Bercinta Dengan Gadis Singapura – “Kenapa Nak Salahkan Saya?”

Tular Foto Berpelukan & Mesej Nakal… Amir Ahnaf Nafi Bercinta Dengan Gadis Singapura – “Kenapa Nak Salahkan Saya?”

Pelakon, Amir Ahnaf menepis dakwaan menjalinkan hubungan cinta bersama wanita berasal dari Singapura, seperti yang hebohdi media sosial sekitar Ogos lalu.

Jelas Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, dia terkejut apabila melihat foto tular tersebut.

“Saya tak pernah mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana wanita dari Singapura. Saya pun terkejut ada ‘screenshot’ itu. Tetapi, itu bukan saya.

“Bila tengok saya macam ‘eh, ini bukan aku, jadi kenapa nak salahkan aku?’.

“Perkara tu pun dah tular, jadi saya tegaskan itu bukan saya. Itu saja,”  katanya ringkas dalam temubual bersama Melodi TV3, baru-baru ini.

Ogos lalu, nama Amir sekali lagi terpalit kontroversi selepas tular beberapa tangkap layar yang didakwa perbualannya bersama seorang wanita Singapura di Instagram.

Menerusi perbualan mesej tersebut, Amir didakwa mengajak wanita yang dikenali sebagai Sofia berumur 18 tahun datang ke rumah meluangkan masa bersama.

Tidak habis disitu, tular pula beberapa keping foto Amir dipercayai bersama kekasih wanitanya yang didakwa telah dipermainkan oleh aktor itu.

Artikel Berkaitan: Individu Bongkar Mesej Nakal Didakwa Milik Amir Ahnaf, Sekali Lagi Terkait Isu Mainkan Hati Wanita?

Artikel Berkaitan: Individu Wanita Didakwa ‘Kekasih’ Amir Ahnaf Dedah Bukti Lagi? – “Banyak Saya Nak Spill”

Sumber: Melodi TV3

Scroll to Top