Tular satu kontroversi melibatkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan solat tanpa mengenakan telekung telah menjadi perdebatan ramai di media sosial.
Siti Nurhaliza buka mulut isu telekung

Menerusi perkongsian di Threads, seorang usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Hakimin, menyelar tindakan individu yang merakam foto penyanyi itu ketika sedang beribadah sebelum menyebarkannya di media sosial. Menurutnya, perbuatan tersebut bukan sahaja tidak beradab, malah menjadi punca perbalahan.

“Susahnya menjadi seorang Siti Nurhaliza. Dah elok fokus solat pun orang pergi ambil gambar dan sebarkan. Betapa besarnya dosa orang itu buat orang bergaduh di sana sini,” ciapannya, semalam.
Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian tuan empunya badan dan membalas komen berkenaan dengan nada tenang.
“Tidak apa, agak-agak dapat pahala tak kalau kita reda?,” katanya ringkas.

Artikel lain: Siti Nurhaliza telah tutup aurat, telekung bukan syarat sah solat – Mohd Izhar Ariff
Sebelum ini, penampilan pelantun lagu Cindai itu ketika menunaikan solat di sebuah masjid menjadi bualan apabila segelintir pihak mempersoalkan sama ada sah atau tidak ibadah yang dilakukan kerana tidak mengenakan telekung.
Isu tersebut bagaimanapun diperjelaskan oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim yang menjelaskan bahawa solat seseorang adalah sah selagi memenuhi syarat menutup aurat serta menepati rukun solat.
Sumber: Threads khairulhakiminmuhammad




