Oh! Negara
Isi petrol RON95 dalam tong tular, MOF sahkan kes salah guna subsidi BUDI95 dan bakal ambil tindakan tegas.
Kecoh di media sosial bila satu video memaparkan individu mengisi petrol RON95 ke dalam tong kosong di sebuah stesen minyak jadi perhatian ramai. Isu ini terus mendapat respon serius daripada Kementerian Kewangan (MOF).
Menurut MOF, tindakan tersebut bukan sahaja mencurigakan, malah disahkan melibatkan salah guna subsidi bahan api. Perkara ini dilihat boleh menjejaskan usaha kerajaan dalam memastikan subsidi disalurkan secara tepat.
Salah guna subsidi BUDI95

Siasatan mendapati individu terbabit merupakan warganegara Malaysia dan pemegang MyKad. Perbuatannya jelas melanggar peraturan kerana menyalahgunakan subsidi bahan api di bawah Program BUDI95.
Perbuatan ini jelas melanggar peraturan kerana menyalahgunakan subsidi bahan api di bawah Program BUDI95.- Katanya.
MOF turut menegaskan bahawa tindakan seperti ini boleh menjejaskan sistem pengurusan subsidi yang sepatutnya telus dan berkesan untuk rakyat.
Kad pengenalan dan kenderaan bakal disekat

Susulan insiden ini, MOF tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat. Antara langkah yang bakal diambil termasuk menyekat kad pengenalan yang digunakan dalam transaksi tersebut.
MOF akan mengambil tindakan dengan menyekat kad pengenalan yang telah digunakan dalam transaksi tersebut.- Katanya.
Bukan itu sahaja, pemilik kenderaan juga berkemungkinan tidak lagi dapat menikmati manfaat subsidi BUDI95 selepas ini.
Orang ramai digesa buat aduan

Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan dan salah guna subsidi, lebih-lebih lagi dalam situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan dan harga bahan api.
Orang ramai juga digalakkan untuk terus menyalurkan maklumat atau membuat aduan rasmi jika mengesan aktiviti mencurigakan berkaitan subsidi bahan api.
Pssttt! Jangan cuba ambil kesempatan atas benda yang memang untuk bantu rakyat. Subsidi ni hak semua, bukan untuk disalah guna demi keuntungan sendiri. Kalau nampak benda pelik, laporkan. Sama-sama kita jaga sistem supaya kekal adil untuk semua.
Kredit: MOF
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




