Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan marketing sampah yang dibuat oleh seorang influencer dan founder produk dengan menjadikan isu duit palsu sebagai konten.
Selepas mereka mempunyai masalah lain, barulah salah seorang daripada mereka mengakui bahawa gimik bergaduh itu adalah marketing yang sudah mendapat kesepakatan bersama.
Disebabkan itu, influencer dan founder produk berkenaan telah dikecam hebat netizen di media sosial sehingga mengungkit kembali isu lama yang pernah dikaitkan dengan mereka.
Ada sesetengah netizen yang mulai meragukan kes tertukar anak di hospital sewaktu dilahirkan yang dialami sendiri oleh founder produk tersebut.

Disebabkan itu, Siti Jamumall telah memuat naik video kedua orang anaknya yang berada dalam gendongan.
Menurutnya, jika marah sekalipun, janganlah mengaitkan isu sensitif berkenaan kes tertukar anak sebagai subjek untuk menyerangnya kerana situasi terbabit adalah benar.
@whitekish.com Reply to @incheolahh jangan nak libatkan anak2 saya
Dia memohon agar sebarang kecaman yang hadir untuknya tidak melibatkan anak-anak kerana mereka tidak mengetahui apa-apa.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyalahkan kembali apa yang dilakukan oleh founder produk itu sehingga warganet mulai tidak mempercayainya disebabkan beberapa kontroversi yang pernah dilakukan.
Mana tidaknya, kepercayaan tersebut mulai luntur susulan tular beberapa video dia membuat live dengan dengan menunjukan duit palsu yang pasti membuatkan banyak pihak tertipu dengan marketing kurang cerdiknya.





Untuk rekod, Siti Jamumall pernah viral sekitar pertengahan tahun lalu apabila memaklumkan yang bayinya tertukar ketika keluar dari hospital setelah bersalin.
Mujur dia melihat tag nama yang telah ditanggalkan dan membawa kembali bayi tersebut ke hospital bagi mendapatkan kepastian berhubung kecuaian yang telah terjadi.
Sumber: TikTok @whitekish.com



