Baru-baru ini, tular di TikTok dakwaan mengenai bantuan yang disumbangkan oleh pempengaruh terkenal, Khairul Aming, didakwa tidak diagihkan dengan adil di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tumpat 1.
Hantaran itu dibuat oleh seorang mangsa banjir yang mendakwa barangan bantuan dibungkus semula oleh pihak tertentu sebelum diagihkan.
BACA: Mangsa Banjir Di Tumpat Dakwa Barangan Bantuan Khairul Aming Dicatu Penghulu
Ini menimbulkan rasa tidak puas hati mangsa banjir mengenai cara pengagihan ketua kampung di PPS terbabit.
Respon Khairul Aming
Dalam siaran langsung di TikTok, Khairul Aming menjelaskan bahawa beliau menerima aduan tentang video tersebut tetapi enggan melibatkan diri secara langsung.
Beliau menegaskan bahawa pasukannya hanya bertanggungjawab menghantar barangan ke PPS dan terus bergerak ke lokasi lain.
Kalau betul benda tu terjadi, buat laporan kepada polis ke apa ke. Other than that, team KA memang tak boleh masuk campur dan tak tahu langsung info. Saya tak boleh, takut nanti jadi fitnah.
Khairul Aming tidak mahu terlibat dalam perkara yang boleh mengundang fitnah kerana kekurangan maklumat yang sahih.
AJK di PPS menangis dakwa difitnah

Beliau juga pernah berdepan situasi di mana AJK di PPS menangis mengadu dirinya difitnah menyorokkan barang sedangkan diri sendiri tidak cukup makan.
Macam contoh semalam dekat PPS tu, akak AJK tu sampai menangis dia kata orang fitnah dia sorok barang. Dia kata, dia dengan anak dia sendiri pun tak cukup barang nak makan. So sekali lagi, KA tak nak masuk campur dan tak benarkan pasukan saya masuk campur isu sebab the only info kita ada, kita drop dan kita gerak. Itu sahaja.
Khairul Aming meminta maaf kerana tidak dapat memberi fokus kepada semua isu yang berlaku kerana padat dengan misi menyalurkan sumbangan.
#OhmediaNasihat
Setuju dengan pandangan Khairul Aming berkenaan isu ini. Beliau tidak mampu untuk menguruskan semua perkara disebabkan masih ramai yang memerlukan bantuan di luar sana. Diharapkan pihak yang terlibat membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mahu menuntut keadilan.




