Trending
Fasha Sandha enggan komen isu tular klip tidak berhijab dalam drama Doa Yang Terlindung. Akui banyak kelemahan, pilih untuk berdiam diri.
Tular di media sosial klip video memaparkan Fasha Sandha tidak memakai hijab dalam drama terbaharunya berjudul Doa Yang Terlindung sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Menurut laporan mStar, pelakon berusia 42 tahun itu kekal dengan pendirian untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan.
Fasha Sadha akui banyak kelemahan diri

Mengulas secara ringkas, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan mengakui dirinya sebagai seorang hamba Allah masih mempunyai banyak kelemahan dan ruang untuk memperbaiki diri.
Macam saya cakap sebelum ini, saya tidak akan bagi apa-apa komen berkenaan isu hijab. Saya memang tidak akan bagi apa-apa kenyataan. Saya akui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.
Kepada yang ambil berat tentang itu (klip buka tudung), terima kasih. Mengenai bila penggambaran pun, saya tidak akan komen apa-apa.
Pilih berdiam dan fokus diri sendiri

Tindakan Fasha untuk tidak mengulas lanjut dilihat sebagai usaha mengelak polemik berpanjangan, selain mahu memberi ruang kepada dirinya untuk terus memperbaiki diri tanpa tekanan luar.
Isu hijab melibatkan selebriti sememangnya sering menjadi perhatian, namun pendirian Fasha jelas, diam lebih baik daripada mencetuskan salah faham.
Pssttt! Setiap insan sedang melalui perjalanan masing-masing. Kurangkan menghukum, perbanyakkan doa, kerana perubahan yang ikhlas lahir dari hati, bukan paksaan.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




