Tular Lagi Kes Buli Sampai Cedera Tulang Rusuk, Naim Daniel Saran Tutup Institusi – “Berapa Banyak Nyawa Dah Dizalami?”

Tular Lagi Kes Buli Sampai Cedera Tulang Rusuk, Naim Daniel Saran Tutup Institusi – “Berapa Banyak Nyawa Dah Dizalami?”

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel tampil bersuara berhubung kes buli seorang pelatih tahun satu sebuah institusi pengajian tinggi sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang rusuk dan tulang belakang.

Difahamkan, mangsa telah dipijak oleh pelajar senior tahun tiga dalam satu kejadian yang berlaku pada 21 Oktober lalu.

Menerusi platform X, pelantun lagu Sumpah ini berpendapat demikian setelah heboh beberapa isu pelajar lain yang melalui kes bumi sehingga meragut nyawa mereka.

“At this point, melingkup sajalah tempat ni. Lantak orang nak kata aku pukul rata ke apa. Jangan datang dekat aku dan kata aku tak akan faham tradisi sesebuah institusi.

“Dah berapa banyak nyawa yang dizalimi dekat tempat ini dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari?,” tulisnya.

Terdahulu, pada 2017, kisah tragis menggemparkan negara melibatkan seorang pegawai kadet laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain maut selepas teruk dipukul dan diseksa menggunakan seterika wap gara-gara dituduh mencuri komputer riba.

Susulan itu, enam bekas penuntut yang didapati bersalah membunuh Pegawai Kaet Luat Zulfarhan pada tujuh tahun lalu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu.

Scroll to Top