Tular Lelaki Buat Perbuatan Jijik Dalam Masjid Ketika Jemaah Wanita Sedang Solat

Tular Lelaki Buat Perbuatan Jijik Dalam Masjid Ketika Jemaah Wanita Sedang Solat

Oh! Tidak

Video tular memaparkan lelaki buat perbuatan jijik sambil mengintai jemaah wanita.


Tular di Thread rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah masjid memaparkan seorang lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, kejadian dipercayai berlaku di Masjid Bukit Siput ketika seorang wanita sedang solat.

Video CCTV dari Masjid Bukit Siput tular

Lelaki itu dilihat berdiri berhampiran tiang sambil memerhati ke arah kawasan solat wanita sebelum melakukan perbuatan yang dianggap tidak senonoh.

Tidak lama kemudian, wanita yang menyedari perkara tersebut bergegas melarikan diri dalam keadaan ketakutan.

Lelaki berbaju merah itu juga terus melarikan diri keluar dari kawasan masjid.

Perkongsian video berkenaan mengundang kemarahan ramai netizen yang menyifatkan tindakan lelaki tersebut sebagai sangat memalukan dan tidak menghormati kesucian rumah ibadah.

Video

Pssttt! Masjid adalah tempat suci untuk umat Islam beribadah dan mencari ketenangan. Perbuatan seperti ini bukan sahaja tidak bermoral malah mencemarkan kesucian rumah Allah. Diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya sekiranya individu tersebut berjaya dikenal pasti supaya perkara sama tidak berulang lagi.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top