Tular Rakaman Ibu Tend*ng Kepala Anak, Didakwa Tertekan Kerana Tidak Diberi Nafkah | Oh! Media

Tular Rakaman Ibu Tend*ng Kepala Anak, Didakwa Tertekan Kerana Tidak Diberi Nafkah | Oh! Media

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang melihatkan seorang suri rumah telah mendera anaknya semasa melakukan panggilan video dengan bekas suaminya yang berada di Malaysia.

Semasa panggilan video itu, ibu tersebut kelihatan menendang bahagian kepala anaknya, sehingga menyebabkan anaknya menangis.

Menurut sumber Tribun News, kejadian tersebut terjadi di Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Difahamkan juga, bekas suaminya sedang bekerja di Malaysia.

Dalam rakaman tersebut, wanita itu kelihatan marah kepada suaminya itu dan meminta seseorang datang menemuinya.

Suruh dia datang ke sini. Aku tunggu.

Lelaki itu telah memaklumkan kepada wanita tersebut bahawa dia tidak dapat menghubungi individu berkenaan memandangkan dia juga tidak mempunyai sebarang nombor telefon individu terbabit.

Hal itu membuatkan wanita tersebut marah lalu terus menendang kepala anaknya.

Aku tak akan berhenti selagi anak-anak kau tak berdarah. Baru garis-garis je bekas pukul dengan wayar, belum berdarah.

Menurut info, wanita tersebut mempunyai lima orang anak namun tiga orang anaknya yang berusia sekitar 14 tahun telah dihantar ke rumah anak yatim. Manakala dua orang lagi yang masih kecil berada bersamanya di rumah sewa.

Difahamkan, wanita tersebut memukul anaknya itu kerana marah tidak diberi nafkah oleh bekas suaminya.

Selepas pihak berkenaan melakukan pemeriksaan terhadap anak-anaknya didapati tiada kesan kecederaan yang serius akibat kejadian itu.


Scroll to Top