Baru-baru ini tular di laman sosial trailer sebuah filem yang ditunggu-tunggu ramai, Harimau Malaya: The Untold Journey.
Apa yang menarik perhatian di dalam trailer tersebut adalah penampilan beberapa pelakon dalam filem berkenaan.
Faisal Halim jadi cashier?
Antara elemen kejutannya adalah kemunculan pemain Selangor FC, Faisal Halim. Faisal muncul di saat-saat terakhir trailer filem mengucapkan kata-kata hikmah. Paling mengejutkan, pemain ini dilihat menyarung pakaian seakan juruwang sebuah pasar raya!
Semestinya ramai yang tertanya-tanya kenapa Faisal tidak memakai jersey seperti dijangkakan? Adakah akan ada plot twist? Nak tahu kenalah layan filem ni nanti di wayang.
KPG versi Shopee pun ada
Masih belum reda isu perletakan jawatan pengendali Harimau Malaya Kim Pan-gon atau KPG, watak ini juga turut tidak ketinggalan di dalam filem berkenaan.
Walaupun mempunyai sedikit iras dengan KPG sebenar, netizen menggelar pelakon memegang watak tersebut sebagai KPG versi Shopee!
Telan belanja RM7 juta
Filem Harimau Malaya: The Untold Journey ini menelan belanja sebanyak RM7 juta. Perkara itu disahkan oleh penerbitnya, Nashrul Nasir dalam satu temubual bersama portal Mstar.
Tambahnya lagi, filem ini dihasilkan selari dengan momentum prestasi pasukan kebangsaan yang dilihat semakin memberangsangkan.
Di pawagam 15 Ogos

Filem epik biografi dengan suntikan fiksyen ini bakal menemui penonton di panggung wayang seluruh Malaysia bermula 15 Ogos 2024 depan.
Filem terbitan 4ward Entertainment yang mendapat sentuhan pengarahan Datuk Afdlin Shauki ini mempertaruhkan barisan pelakon muda seperti Meerqeen, Sophia Albarakbah, Aiman Hakim Redza dan Amelia Henderson.
Selain itu, filem ini turut dibintangi pelakon terkenal lain termasuk Vanidah Imran, Erra Fazira, Tony Eusof, Namron, Bell Ngasri, Douglas Lim dan ramai lagi.
Jadi, jom beramai-ramai ke pawagam untuk layan Harimau Malaya: The Untold Journey bermula 15 Ogos ini!




