Baru-baru ini, tular video asnaf bengang apabila menerima bantuan lampin pakai buang yang tidak menepati permintaan di TikTok
Tular video asnaf bengang dapat lampin jenis lekat bukan seluar
Menurutnya, dia memohon lampin jenis pants untuk anak jagaan, namun yang diterima adalah jenis tape.
Video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen termasuk mempertikaikan ketelusan pengurusan agihan bantuan oleh pihak berwajib.
@aatvmedia.officials Asnaf Bongkar Kelemahan Sistem kuno MAIWP & Baitulmal Luah rasa kecewa Bantuan MAIWP Lambat dan Salah Hantar….. KUALA LUMPUR, 6 Jun 2025 – Seorang penerima bantuan asnaf, Puan Putri, meluahkan rasa kecewa dan keceburuan terhadap kelewatan serta kesilapan dalam agihan bantuan barangan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu anak-anaknya. Menurut Puan Putri, permohonan bantuan pampers jenis seluar saiz XL sering kali ditukar kepada jenis “tape”, selain proses kelulusan bantuan yang sering tertangguh hingga dua hingga tiga bulan. “Dah bertahun-tahun jadi isu ini. Sistem masih manual, lambat, dan tak telus,” katanya dalam kenyataan kepada media. Beliau turut menyuarakan bahawa ramai golongan asnaf lain yang tidak berani bersuara, bimbang permohonan mereka akan dibekukan atau ditolak. Keadaan ini menyebabkan sesetengah keluarga hidup dalam tekanan berpanjangan kerana bantuan asas tidak sampai mengikut jadual. Puan Putri turut mencadangkan agar sistem bantuan MAIWP ditambah baik menggunakan sistem digital dan dalam talian sepenuhnya bagi mengelakkan kelewatan dan kesilapan berulang. Isu ini turut mendapat perhatian netizen selepas dakwaan wujudnya unsur “kartel” dalam pengagihan barang bantuan turut dibangkitkan oleh individu lain yang hadir dalam sesi tersebut. “Saya bukan mahu menjatuhkan sesiapa, tapi saya hanya mahu keadilan untuk golongan yang benar-benar memerlukan. Kami tak minta banyak, cuma mahu sistem yang adil dan cepat,” ujar beliau. #SuaraAsnaf #BantuanAsas #MAIWP #TelusDanBerhemah #KeadilanUntukAsnaf #SistemDigitalSekarang #AsnafPerluDibela #PampersAnakSaya #IsuBantuanLambat
Tular video asnaf bengang, MAIWP beri respon
Susulan itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tampil memberi maklum balas rasmi dan menjelaskan bahawa pihak mereka mengambil serius terhadap aduan berkenaan. Mereka turut mengakui berlaku kesilapan dan kelewatan dalam pengagihan bantuan di bawah Skim Bantuan Perubatan MAIWP.
“MAIWP sentiasa mengambil cakna dan prihatin terhadap keperluan asnaf yang memerlukan pada masa yang sama, memegang amanah pembayar zakat dalam memastikan dana zakat diagihkan seperti mana yang disyariatkan,” jelas kenyataan itu.
MAIWP dah salurkan jutaan ringgit bantuan
Dalam pada itu, MAIWP menyatakan tahun 2024, pihaknya telah menyalurkan sebanyak RM47.69 juta kepada 6,398 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Manakala bagi tahun 2025, sejumlah RM60.1 juta diperuntukkan untuk bantuan bulanan serta one-off berdasarkan keperluan dan pengesahan pakar perubatan bertauliah.
Artikel lain: MAIWP peruntuk RM1.67 bilion bagi bajet 2025, pemerkasaan asnaf antara tumpuan
Dalam masa sama, MAIWP turut menafikan dakwaan wujudnya ‘kartel’ dalam proses pembekalan bantuan barangan.
Jelasnya, semua pembekal dilantik mengikut zon melalui sistem tender terbuka bagi memastikan ketelusan dan integriti agihan bantuan terus terpelihara.
Kalau tahu lampin mahal, kena la fikir sebelum buat apa-apa
Disebabkan video terbabit, viral, pelbagai komen diterima daripada netizen di ruangan TikTok aatvmedia dimana luahan asnaf terbabit dikongsikan.
Rata-rata meresakan bahawa tindakan asnaf terbabit berlebihan memandangkan sudah lama dibantu dan langsung tidak berusaha mengubah nasib sendiri sehingga terus-terusan meminta bantuan.
Patut hentikan saja bantuan tu
Kalau sistem MAIWP lemah, elok pakai sistem perancang kak
Semoga kita semua menjadi insan yang bersyukur dengan setiap pemberian.
Sumber: TikTok aatvmedia, Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan