Hangat diperkatakan di media sosial mengenai usahawan pembuat pizza, Jofliam yang didakwa berlaku curang terhadap isteri, Cik Epal dengan orang ketiga yang merupakan pekerjanya sendiri yang bernama Dewi.
Menerusi satu perkongsian di Threads, tular pula satu video menunjukkan Jofliam dan Dewi hadir ke satu majlis di Milan telah mengundang perhatian ramai.
Individu yang memuat naik video itu mendakwa yang Dewi kelihatan sangat rapat dengan Jofliam sampai boleh menyentuh dan betulkan rambut majikannya itu. Biar betul?
Post by @ailifhrn
View on Threads
Kalau korang tengok ruangan komen pula, ramai yang mempersoalkan hubungan majikan dan pekerja yang terlalu rapat sampai boleh melakukan perkara tersebut tanpa rasa janggal.
Bukan tu jer, ramai juga yang masih mempersoalkan kenapa perlu bawa staf wanita untuk menemaninya ke luar negara, sedangkan ada je staf lelaki lain.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini benar berlaku ataupun tidak sebab video itu tak jelas dan sekali imbas saja.





