Tular video kebakaran tingkat 10 apartmen di Kepong

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kepong: Tular di media sosial yang memaparkan kebakaran berlaku di sebuah apartment dekat sini lewat malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira- kira jam 10.45 malam di sebuah apartmen di Indah Perdana, Kepong.

Menurut maklumat awal dari laman sosial Pasukan Bomba Sukarela Gombak pihaknya menerima panggilan dari orang awam pada jam 11.12 malam dan tiba di lokasi jam 11.37 malam.

Pihak bomba dengan kekuatan enam anggota dengan Fire Rescue Tender (FRT) Bomba Sukarela Gombak (GBK 01), FRT Jingang, FRT Sg. Buluh (Bantuan) telah berjaya mengawal kebakaran dan operasi tamat sepenuhnya jam 12.50 tengah malam.

Bagaimanapun tiada mangsa atau sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.

Malam tadi orang ramai yang menyaksikan kejadian itu dari jauh mengambil video dan dikongsikan di laman sosial mereka.

Kejadian itu dipercayai berlaku di tingkat 10 apartment berkenaan.

 

ZA137 Malay News

National Desk