Tular video kereta beratur panjang di SJR Tol Bentong – “Ramai2 nak ke mana tu?”

Tular video kereta beratur panjang di SJR Tol Bentong – “Ramai2 nak ke mana tu?”

Biarpun PKPD di beberapa mukim di Selangor sudah ditamatan semalam, aktiviti merentas negeri masih lagi tidak dibenarkan di seluruh negara.

Bagaimanapun memandangkan Hari Raya Aidiladha bakal tiba tidak lama lagi, ramai meluahkan rasa bimbang jika ada pihak yang masih mementingkan diri menggunakan alasan merentas negeri sesuka hati bagi pulang ke kampung halaman masing-masing.

Secara ‘kebetulan’ pula, hari ini pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan keadaan trafik semakin sesak di laluan sebelum masuk Plaza Tol Gombak ke arah Barat/KL.

Dalam pada itu, keadaan trafik di laluan sebelum masuk Plaza Tol Bentong arah ke Timur dan Kuantan turut dilaporkan sesak sekitar 11.49 pagi tadi.

Menjengah ke laman sosial Twitter, tular sebuah video merakamkan suasana lalu lintas yang agak sesak di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Bentong.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @fyzuladzwan, kelihatan puluhan kenderaan sedang beratur menunjukkan surat permohonan rentas negeri kepada pihak polis.

Perkongsian berkenaan membuatkan rata-rata netizen meluahkan rasa kesal bercampur kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang masih ‘berdegil’ mahu merentas negeri.

Sumber: BERNAMA, Twitter @fyzuladzwan

Scroll to Top