Pelakon, Eyka Farhana telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Akhyar Rashid pada 2 Mei 2025 di sebuah majlis yang berlangsung di Boathouse By The Lake Ampang.
Pada hari sama juga, kedua pasangan mempelai itu turut mengadakan majlis resepsi di bahagian malam yang turut dihadiri oleh rakan-rakan selebriti antaranya, Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz, Bella Astillah serta pasangan, Syed Saddiq dan ramai lagi.
Susulan itu, tular sebuah video di platform TikTok memaparkan antara momen yang berlangsung ketika majlis sanding mereka.
Berdasarkan video tersebut, pasangan itu dihiburkan oleh penyanyi kumpulan, Floor 88, namun apa yang menjadi pertikaian ramai pihak adalah Eyka dan Akhyar dilihat sakan menarik menikmati momen bersama.
@eyka.farhana66 #floor88 #nikah #fypシ゚ #eykafarhanawedding #wedding #akhyarrashid #eykafarhana #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypviralシ゚
Meninjau ke ruangan komen, ada segelintir pihak yang mempertahankan Eyka dan Akhyar, namun ada juga netizen yang mengecam mereka.
Sekadar info, pasangan itu bertunang pada 4 Ogos tahun lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.




