Nama pelakon Yusuf Bahrin kembali jadi tumpuan selepas ‘teaser’ drama terbarunya bersama Nelydia Senrose bertajuk Seindah Hujan Cinta tular di media sosial.
Dalam video pendek tersebut, kelihatan beberapa babak mesra seperti berpeluk dan berpegang tangan yang ternyata mengundang rasa kecewa dalam kalangan netizen.
Babak mesra dengan Nelydia Senrose undang perhatian
Disebabkan perkara itu, ruangan komen hantaran yang memuat naik video berkenaan di Instagram telah dihujani kecaman netizen.
Ramai meluahkan rasa tidak setuju dengan aksi yang dianggap kurang sesuai, lebih-lebih lagi apabila Yusuf telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Zizi Kirana yang dikenali dengan imej Muslimah.
Zizi tu elok je jaga batas, Yusuf pula makin jadi-jadi. Harap berubah la bang…
Dulu lain, sekarang makin tak tentu arah. Sayang sebab ramai suka awak dulu sebab cara awak jaga diri.
Netizen kecewa dengan perubahan Yusuf Bahrin

Kebanyakan netizen menyatakan bahawa mereka pernah menjadikan Yusuf sebagai ‘role model’ kerana imejnya yang bersih dan sopan sebelum ini. Namun, babak mesra dalam drama berkenaan dianggap tidak selari dengan harapan peminat.
Walaupun ada segelintir yang mempertahankan Yusuf dengan alasan ia sekadar lakonan, majoriti masih mengharapkan agar Yusuf lebih menjaga imej sebagai seorang selebriti Muslim.
Pssttt! Sebagai figura umum, setiap tindakan pasti dinilai. Lakonan tetap lakonan, tapi batas tetap kena jaga. Jangan sampai hilang hormat peminat kerana nak kejar watak semata-mata.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.