Seperti yang kita tahu kasih sayang seorang ibu kepada anak tiada tandingannya, begitu juga dengan kasih sayang nenek kepada cucunya.
Tapi dalam pada itu masih juga terdapat batas di antara nenek dan cucu. Terbaharu, tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang nenek cuba untuk memberikan susu badan kepada cucunya.
Menerusi Instagram @zaitunmoramil, dia telah mendedahkan kisah yang dilaluinya itu.
Perkara ini telah membangkitkan kemarahan netizen. Mungkin bagi sesetengah pihak itu satu perkara yang normal tetapi tidak bagi Zaitun.
Zaitun sangat terkejut apabila mendapati ibu mentuanya cuba untuk menyusukan anaknya yang masih bayi itu.
Walau bagaimanapun perkara itu dapat dikesan lebih awal oleh Zaitun, dan dia terus bertindak ‘merampas’ bayi itu dari ibu mentuanya.
Pada mulanya, Puan Zaitun meninggalkan anaknya kepada ibu mentuanya sebentar kerana dia mahu ke bilik air untuk mandi.
Namun, dia tidak menyangka ibu mentuanya sanggup berbuat demikian. Selain itu, Zaitun juga berkata ibu mentuanya tidak suka digelar sebagai ‘nenek’ malah sebaliknya ingin digelar ‘ibu’.


Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh netizen. Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan warga emas itu, tetapi ada juga yang merasakan itu adalah perkara biasa dan menganggap wanita tersebut menunjukkan reaksi yang berlebihan.





