Pelakon, Isa Khan sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik perkongsian yang mencetuskan spekulasi mengenai status rumah tangganya bersama aktres, Risteena.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan berkongsi foto hitam putih memaparkan dirinya mencium tangan seorang wanita.

Namun, perkongsian itu menjadi lebih mencetuskan tanda tanya apabila Isa turut meletakkan tahun 2019 – 2026, seolah-olah memberi gambaran perjalanan hubungan yang dibina selama tujuh tahun itu sudah sampai ke penghujungnya.
“Bukan tentang siapa yang kita kenal paling lama, yang datang pertama atau yang paling ada. Tapi tentang siapa yang datang dan tidak akan pergi.
“Senyuman terukir atas dasar bahagia disangka kekal selamanya, namun ternyata hanya tempat persinggahan sementara,” tulisnya.

Di ruangan komen, peminat mula berspekulasi dan mendakwa hantaran terbabit merupakan ‘hint’ rumah tangga yang dibina oleh Isa telah berakhir.

Terdahulu, media sosial turut hangat dengan spekulasi kononnya rumah tangga Isa dan Risteena sedang berdepan masalah selepas beberapa perkongsian dimuat naik pelakon itu dipercayai memberi bayangan mereka sudah membawa haluan masing-masing.
Untuk rekod, Isa dan Risteena bertunang di Bali pada November 2019. Mereka mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan sebelum ini sering berkongsi momen kebahagiaan bersama di media sosial.
Artikel Berkaitan: “Cerita Kita Hanya Sampai Di Sini”- Isa Khan Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Bersama Risteena Sudah Berakhir?
Artikel Berkaitan: Risteena Tepis Dakwaan Rumah Tangga Dengan Isa Khan Bergolak – “Kapsyen Suami Saya Itu Hanya Lirik Lagu & Quotes”




