Tumpuan Nubhan tidak terjejas, pamer peningkatan mendadak

Tumpuan Nubhan tidak terjejas, pamer peningkatan mendadak

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tekad penyanyi Nubhan Ahamad, 36, untuk fokus dan membuat terbaik dalam program Gegar Vaganza (GV) disertainya ketika ini memang dibuktikan sepenuh hati.

Ini berikutan, juri tetap GV iaitu Datuk Ramli MS juga tidak menafikan Nubhan berjaya menunjukkan peningkatan besar dalam persembahan nyanyiannya pada setiap minggu.

Menerusi perkongsian video temubual Ramli yang dimuatnaik Nubhan di InstaStory menunjukkam maestro muzik itu tidak lekang memujinya apabila ditanya mengenai peningkatan persembahan peserta.

“Kalau tengok Nubhan sangat bijak. Semangat perjuangan dia.

“Semangat dia (dalam peningkatan persembahan) itu memuncak. Dia berjuang antara satu sama lain. Sangat sihat, sangat sihat.

“Kalau tengok (dari aspek perubahan peningkatan) Nubhan ada segalanya. Semangat juang dia sangat bagus dan kerajinan dia itu.

“Ada orang lain juga sama, tapi sebab data lebih pun dia ada. Jadi dia ada data teori lebih, dia boleh melakukannya dengan baik,” kata Ramli.

Pada setiap minggu persembahan GV, tidak dinafikan Nubhan antara peserta yang ditunggu-tunggu oleh penonton sekali gus memiliki peminat yang ramai.

Ketika persembahan nyanyian duet bersama Mawi menerusi lagu Kian dalam GV yang disiarkan malam semalam, Nubhan mendapat ‘standing ovation’ daripada juri, Betty Koes Endang.

Penonton dalam dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga memberi tepukan gemuruh terutama yang mewakili pasukan kelab peminat Nubhan.

Meskipun berhadapan kemelut rumah tangga yang belum selesai dan sering dikecam netizen di media sosial, Nubhan enggan terlalu ambil peduli sekali gus terus mengejar misinya dalam GV.

Terdahulu, Nubhan memfailkan permohonan pengesahan perceraian untuk dua lafaz cerai dilakukannya dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfe atau Dr Fie, 35, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Mereka yang mempunyai tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6 dan Afzan Nayillle, 3, selama 10 tahun hidup betsama, bernikah pada 29 Ogos 2015.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top