Ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perikatan Nasional (PN) didakwa berjaya melaksanakan beberapa inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat tanpa perlu berjanji dalam manifesto atau kempen pilihan raya.
Katanya tak berjanji dalam manifesto pun
Menerusi hantaran yang dibuat Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz di Facebook, antara langkah yang pernah diambil termasuklah menurunkan harga minyak RON95 dan diesel ketika harga pasaran global jatuh, serta memberi subsidi untuk mengekalkan harga siling sehingga 2021.
āTanpa perlu janji di dalam manifesto, tanpa mengeluarkan macam-macam formula, tanpa perlu berjanji dalam setiap kali ucapan dan kempen.
āTan Sri Muhyiddin Yassin dan PN boleh sahaja menurunkan harga minyak RON95 dan diesel,ā katanya.
Tak berjanji dalam manifesto waktu pemerintahan Muhyiddin Yasin
Beliau turut memberi contoh dengan mengatakan Sebagai harga RON95 pernah diturunkan dari RM2.08 ke RM1.25 seliter pada April 2020, manakala diesel diturunkan dari RM2.18 kepada RM1.43 seliter.
Selain itu, kadar dasar semalaman (OPR) juga dikurangkan daripada 3.00% kepada 1.75%, sekali gus membantu mengurangkan beban pinjaman rakyat.
Beliau mennyatakan kerajaan ketika itu turut memberi diskaun bil elektrik sebanyak 10 hingga 40 peratus kepada pengguna domestik serta sektor terjejas melibatkan subsidi lebih RM1 bilion.
Artikel lain: Mujahid seru hargai bantuan, bukan dengan amarah -āHarus bersyukur di atas nikmatā
Dalam pada masa yang sama, Tun Faisal turut menyatakan bahawa sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) ditangguhkan selama enam bulan, manakala premis perniagaan milik GLC diberi diskaun sewa antara 30 hingga 50 peratus.
Sumber: Facebook Tun Faisal Ismail Aziz