Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi pengalaman ketika melawat MAHA 2026 dan melihat sendiri perkembangan teknologi dalam sektor pertanian yang semakin moden.
Bidang pertanian sudah berubah
Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyatakan, bidang pertanian yang dahulunya banyak bergantung kepada tenaga fizikal, cangkul, cuaca serta pengalaman turun-temurun kini berubah seiring perkembangan teknologi.
Dalam lawatan tersebut, Tun Dr Mahathir berkesempatan mengunjungi beberapa ruang pameran termasuk Smart Farming bagi melihat perkembangan teknologi ternakan dan pertanian.
Beliau turut menyentuh penggunaan kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), dron serta jentera moden yang kini semakin memainkan peranan dalam sektor berkenaan.
“Dahulu, pertanian bermakna tenaga fizikal, cangkul di tangan dan bergantung sepenuhnya kepada cuaca serta pengalaman turun-temurun.
Hari ini, teknologi pertanian berkembang dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), dron dan jentera moden,” ujarnya.
Foto: FB Dr Mahathir Mohamad
Zahir penghargaan kepada Menteri KPKM
Dalam pada masa yang sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu atas jemputan untuk menghadiri MAHA 2026.
“Terima kasih kepada Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, atas jemputan yang diberikan untuk saya menghadiri MAHA 2026 pada kali ini,” katanya.
Foto: FB Dr Mahathir Mohamad
Sumber: Facebook Dr Mahathir Mohamad
