Tun M kecewa anak Melayu reda negara dikuasai bangsa lain

Tun M kecewa anak Melayu reda negara dikuasai bangsa lain

Tun Dr. Mahathir Mohamad atau Tun M kecewa dan menegur sikap segelintir anak muda Melayu yang terlalu terbuka menerima kemungkinan negara ini dikuasai bangsa lain tanpa memahami realiti sejarah dan sosial negara.

Tun M kecewa dengan anak Melayu

Perkara tersebut dinyatakan beliau menerusi media sosial dengan menulis bahawa ada sesetengah bukan Melayu menyatakan mereka juga berhak untuk berkuasa seperti masyarakat Melayu memandangkan berstatus rakyat Malaysia juga.

“Kata mereka bukan Melayu di Malaysia adalah juga rakyat Malaysia. Jika orang Melayu sebagai rakyat Malaysia boleh berkuasa di negara ini, bukan Melayu sebagai rakyat negara ini juga berhak untuk berkuasa seperti orang Melayu,” katanya.

Tun M kecewa

Tun M kecewa bukan Melayu tetap kekalkan identiti dari negara asal

Menurut Tun M, kebanyakan bukan Melayu masih mengekalkan identiti negara asal mereka dari segi bahasa, budaya, pendidikan malah politik.

Beliau juga menyatakan, mereka tidak sepenuhnya bersikap sebagai rakyat Malaysia dan terus mengasingkan diri daripada orang Melayu.

“Mereka terus mengenal diri mereka sebagai berasal dari negara asal mereka. Bahasa, budaya, persekolahan bahkan parti politik mereka juga dikaitkan dengan negara asal mereka,” jelas beliau.

Dominasi ekonomi dari bukan Melayu

Tun M turut menyentuh soal dominasi ekonomi oleh bukan Melayu dan bimbang jika mereka menguasai kerajaan, dasar seperti affirmative action akan digugurkan demi meritokrasi.

“Sudah tentu apabila mereka berkuasa penuh sebagai kerajaan, dasar mereka ialah meritokrasi yang akan menguntungkan mereka. Dasar Ekonomi Baru yang mengandungi affirmative action akan digugur,” katanya lagi.

Tun M kecewa dengan sikap segelintir anak muda Melayu

Dalam pada itu, beliau juga menyifatkan sikap segelintir anak muda Melayu yang menerima kemungkinan Malaysia dikuasai bangsa lain sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Sebab inilah maka sikap anak Melayu muda yang sanggup terima baik kemungkinan Malaysia dikuasai bahkan dimiliki oleh bukan Melayu tidak boleh diterima,” tegasnya.

tun m kecewa

Artikel lain: “Akhirnya orang Melayu akan tinggal di pinggir hutan” -Tun M

Tambah beliau, walaupun orang Melayu pernah mendominasi kerajaan, mereka tidak pernah menuntut kuasa secara mutlak dan tetap berkongsi dengan kaum lain.

Sebelum ini, Tun M telah menyuarakan kebimbangan terhadap nasib orang Melayu yang menurutnya semakin kehilangan tanah dan kuasa di negara ini.

Beliau mendakwa bahawa banyak tanah milik Melayu telah berpindah tangan, menyebabkan orang Melayu berisiko tinggal di pinggir hutan. Tun M juga mengimbas sejarah kehilangan wilayah seperti Pattani, Yala, Setoi, Singgora, Kepulauan Riau, dan Singapura, yang menurutnya kini bukan lagi milik orang Melayu.

Beliau mempersoalkan makna kemerdekaan jika negara ini dimiliki oleh pihak lain dan menekankan bahawa Tanah Melayu bukan lagi milik orang Melayu.

Kenyataan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, dengan sebahagian menganggapnya berlebihan dan menyeru agar sentimen perkauman tidak terus dimainkan.

Sumber: Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad

Scroll to Top