Pagi tadi negara dikejutkan dengan berita pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun.
BACA: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun
Terbaru, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir meluahkan rasa sedih yang amat atas kehilangan sahabatnya ini.
Dakwa akhir hayat Tun Daim dilayan dengan dendam

Berdasarkan kenyataan Tun Dr Mahathir di Facebook, beliau menjelaskan Tun Daim adalah seorang pejuang negara dan sumbangannya harus dihargai.
Tanpa memetik nama sesiapa, Tun Mahathir mendakwa sahabatnya dilayan dengan penuh dendam sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan. Tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab.
Tanpa sebab! Kerana dendam. Inikah balasan yang menimpa kerana dendam.-Katanya
Berdoa semoga Tun Daim mendapat keadilan

Di akhir kenyataan tersebut, Tun Mahathir juga mendoakan semoga Allah SWT mengadili Tun Daim berasaskan keadilan. Memohon semoga Allahyarham Tun Daim ditempatkan di akhirat bersama pejuang bangsa yang lain.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga menambah, beliau hanya mampu berdoa dan berharap dapat bersama sahabatnya itu suatu masa nanti.





