Tun Dr Mahathir Mohamad tampil memberi reaksi terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau bersalah dalam isu tuntutan Pulau Batu Puteh.
Menerusi satu hantaran ringkas di Instagram, Dr Mahathir dengan tegas mencabar Anwar untuk mengheretnya ke mahkamah jika benar beliau melakukan kesalahan.
Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan jika saya bersalah. Saya tahu saya tidak bersalah dan saya mahu buktikan.- Katanya.
BACA: Anwar Ibrahim Dakwa Tun Mahathir Bersalah Tapi Umur Dah 100 Tahun
“Anwar jadi PM, hakim dan pendakwa raya sekaligus. Begitlah hebat kuasanya…”- Tun Mahathir.
Menurut Dr Mahathir, kenyataan Anwar di Dewan Rakyat semalam seolah-olah menggambarkan beliau bukan sahaja sebagai Perdana Menteri, tetapi turut mengambil peranan sebagai hakim dan pendakwa raya.
Semalam di Dewan Rakyat, saya dijatuhkan hukum sebagai bersalah di dalam kes berkait tidak membuat rayuan untuk Pulau Batu Puteh.
Yang hukum saya bersalah ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar. Yang mengumumkan saya tidak perlu diambil tindakan ialah Datuk Seri Anwar.- Jelas Tun M.
Dr Mahathir menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak adil dan memperlihatkan kuasa yang terlalu besar di tangan seorang pemimpin.
“Umur bukan alasan, imuniti untuk yang takut dibicara”- Tun Mahathir.
Dr Mahathir juga mempertikaikan alasan usia yang digunakan sebagai sebab tiada tindakan diambil terhadapnya, sambil menyindir bahawa imuniti biasanya digunakan oleh mereka yang takut untuk berdepan dengan proses keadilan.
Dia (Anwar) kata umur saya 100 tahun, kerana itu saya tidak didakwa walau bersalah. Ini maknanya saya dapat imuniti. Imuniti untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah.- Tegasnya.
Untuk rekod, sebelum ini Anwar Ibrahim berkata bahawa meskipun tindakan undang-undang tidak diambil terhadap Dr Mahathir kerana faktor usia, Kabinet masih berpendirian bahawa beliau bersalah dalam isu melepaskan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh kepada Singapura ketika menjadi Perdana Menteri pada tahun 2018.
Pssttt! Bila bercakap soal pertikaian pemimpin, apa yang paling penting adalah ketelusan dan keadilan. Kalau benar seseorang itu tidak bersalah, maka tidak perlu takut dibicarakan. Tapi kalau semua kuasa tertumpu pada satu tangan sahaja, macam mana pula kita nak pastikan keadilan itu betul-betul berlaku? Ohmedia harap korang terus cakna dan jangan telan bulat-bulat apa yang didengar, semak, nilai dan fikir dengan matang, okay!
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!