“Tunduk la sikit..” – Bakal pengantin ditegur jalan melulu depan orang tua

“Tunduk la sikit..” – Bakal pengantin ditegur jalan melulu depan orang tua

Apabila berdepan golongan lebih berusia, seseorang itu telah diajar untuk melayani mereka dengan sebaiknya. Apatah lagi jika mereka menjadi tetamu di rumah, jangan sesekali lupa bagi menunjukkan sikap sopan santun.

Namun, seorang wanita ini ditegur netizen selepas dilihat berjalan ‘melulu’ di hadapan tetamu tanpa menundukkan sedikit badan sebagai tanda hormat dipercayai ketika melangsungkan majlis pertunangannya.

Menerusi satu posting di aplikasi TikTok, video berdurasi 18 saat itu memaparkan wanita tersebut yang mengenakan persalinan berona keemasan keluar dari sebuah bilik sebelum berjalan ke ruang tamu.

Selain meraih 473,100 tontonan, video berkenaan dihujani teguran warganet yang kurang senang melihat bakal pengantin tersebut dengan mengatakan sudah pasti ada ‘mata-mata’ yang memandangnya ketika itu.

Bagaimanapun, menerusi kapsyen posting terbabit, wanita itu mengakui gementar ketika itu sekali gus membuatkan dirinya terus berjalan ke hadapan tanpa memikirkan perkara lain.

Justeru, terdapat juga segelintir individu memahami situasi dihadapi wanita berkenaan yang ‘nervous’ melalui hari penting sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Sumber: TikTok @lieyaayaya

Scroll to Top