Trending
Dua beradik terselamat iaitu kakak yang berada di matrikulasi dan adik lelaki tinggal di asrama.
Suasana awal pagi yang sepatutnya tenang bertukar menjadi tragedi hitam apabila lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu Dong, Raub.
Lebih meruntun jiwa, salah seorang mangsa kebakaran 5 beranak di Raub itu merupakan pelajar MRSM Bentong yang sedang menunggu keputusan SPM.
Kebakaran jam 3.44 pagi ragut lima nyawa
Menurut perkongsian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) semasa, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, kejadian berlaku sekitar jam 3.44 pagi melibatkan kebakaran sebuah rumah yang akhirnya meragut lima nyawa termasuk kedua-dua ibu bapa pelajar berkenaan.
Kebakaran tersebut memusnahkan 100 peratus struktur rumah, selain turut membabitkan tiga buah kereta dan tiga motosikal yang hangus terbakar.
Difahamkan, kakak mangsa terselamat kerana sedang menuntut di matrikulasi manakala adiknya tidak berada di rumah kerana menetap di asrama SMK Dong.
Pelajar ini juga adalah pelajar cemerlang dan daripada keluarga yang susah dan dimasukkan dalam bantuan BUDI MARA.
MARA hulurkan bantuan

Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa MARA amat berdukacita atas insiden kebakaran 5 beranak di Raub ini dan akan menghulurkan bantuan sewajarnya.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kebajikan ahli keluarga yang ditinggalkan akan terus diberi perhatian dan sokongan dalam tempoh sukar ini.
Pssttt! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan lima nyawa dalam satu keluarga, lebih-lebih lagi melibatkan pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM, benar-benar menyentuh hati. Semoga keluarga diberikan kekuatan dan roh mangsa dicucuri rahmat.
Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




