Tunjuk ‘lagak’ di Sambutan Hari Kebangsaan, PDRM minta lelaki hadir ke IPD Putrajaya

Tunjuk ‘lagak’ di Sambutan Hari Kebangsaan, PDRM minta lelaki hadir ke IPD Putrajaya

Polis meminta seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian provokasi semasa Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan.

Pihak polis terima 4 laporan

Memetik laporan daripada Bernama, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed menyatakan, setakat ini pihaknya telah menerima empat laporan polis berkaitan kejadian berkenaan.

“Pihak polis telah mengesan video dimuat naik di akaun Facebook Anwar Captain Goose yang berdurasi dua minit 18 saat,”

Tunjuk ‘lagak’ di Sambutan Hari Kebangsaan, PDRM minta lelaki hadir ke IPD Putrajaya

Video itu memaparkan seorang lelaki Melayu berbaju oren atau coklat dipercayai telah membuat provokasi serta merempuh serta menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan menyebabkan beberapa individu terjatuh.

“Kejadian ini dipercayai berlaku semalam (31 Ogos) kira-kita pukul 5.00 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Aidi Sham turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum ini, tular di beberapa platform media sosial mengenai tindakan seorang lelaki yang mencetuskan provokasi apabila cuba melompat pagar untuk masuk ke tempat duduk ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos lalu.

Sumber: Bernama 

Scroll to Top