Tunjuk perasaan gesa henti serangan di Kedutaan Israel

Tunjuk perasaan gesa henti serangan di Kedutaan Israel

WASHINGTON – Sekumpulan penunjuk perasaan beragama Islam berkumpul berhampiran Kedutaan Israel di sini untuk menunaikan solat Jumaat dan membantah tindakan Israel di Gaza.

Lebih 100 jemaah, membawa bendera Palestin dan sepanduk yang memaparkan: “Tamatkan pembunuhan beramai-ramai”, “Saya berdiri bersama Gaza” dan “Hentikan jenayah Israel”.

Solat Jumaat itu dilakukan di dalam hujan.

Para penunjuk perasaan turut menggesa pentadbiran Joe Biden untuk menghentikan pembiayaannya kepada Israel.

Demonstrasi itu berlangsung ketika berakhirnya gencatan senjata kemanusiaan terbaru.

Awal Jumaat, Israel dan Hamas saling menyalahkan antara satu sama lain kerana melanggar syarat gencatan senjata tujuh hari yang bermula 24 November lalu.

Tentera Israel meneruskan serangan di seluruh Semenanjung Gaza selepas mengisytiharkan berakhirnya gencatan senjata dan mengakibatkan ratusan orang Palestin terkorban.

Sekurang-kurangnya 178 rakyat Palestin terbunuh dan 589 cedera, sejak Israel meneruskan kempen pengebomannya, menurut Kementerian Kesihatan Gaza. – Agensi

Scroll to Top