Turkiye tutup semua pasar ternakan kerana penyakit kuku dan mulut

Turkiye tutup semua pasar ternakan kerana penyakit kuku dan mulut

Istanbul: Pihak berkuasa Turkiye mengarahkan penutupan semua pasar ternakan di seluruh negara berikutan peningkatan kes penyakit kuku dan mulut, menurut satu dokumen yang diperoleh agensi berita IHA pada Selasa.

Direktorat Awam Makanan dan Kawalan di Kementerian Pertanian dan Perhutanan Turkiye menghantar mesej segera kepada semua cawangannya di 81 wilayah mengenai peningkatan kes penyakit kuku dan mulut selepas sambutan Aidiladha pada awal Jun, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami meminta agar semua tempat jualan ternakan yang beroperasi di wilayah anda ditutup serta-merta sehingga diberitahu kelak, memandangkan pergerakan haiwan dan pengunjung yang tinggi di lokasi jualan ternakan seperti pasar ternakan … menimbulkan risiko besar penularan penyakit,” menurut kenyataan dalam dokumen itu.

Penyakit kuku dan mulut ialah penyakit virus akut yang tergolong dalam kumpulan antropozoonosis (penyakit berjangkit haiwan yang juga boleh menjangkiti manusia).

Lebih 50 peratus haiwan yang dijangkiti boleh mati dalam tempoh dua hingga tiga hari. Jangkitan kepada manusia biasanya berlaku melalui susu mentah haiwan yang dijangkiti dan produk tenusu mereka tetapi jarang melalui daging.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top