Usahawan dan pempengaruh sensasi, Siti Jamumall menafikan isu penceraian dengan suami baru-baru ini adalah teknik marketing semata-mata.
Menerusi hantaran terbaru di TikTok, Siti memohon penfitnah menurunkan posting dengan segera atau berdepan tindakan saman daripadanya.
“Fitnah, stop it” – Siti Jamumall
Terdahulu, pemilik akaun TikTok @jodohfinder mendakwa Siti dan suaminya telah rujuk kembali. Malah dakwanya, apa yang berlaku di live yang disaksikan 20,000 penonton adalah marketing.
Dia juga menyindir Siti akan tampil dengan produk terbaru selepas ini.
Namun, Siti yang masih belum pulih daripada apa yang berlaku memohon mentalnya tidak dikacau dengan penyebaran fitnah seperti itu.
Tolong jangan kacau mental aku dan buat fitnah macam ni yang boleh buat orang salah faham. Turunkan posting ini segera @Jodoh Finder atau see you in court.
Terdahulu, isu rumahtangga pempengaruh ini hangat apabila suaminya bernama Aiman melafazkan cerai talak dua disaksikan orang ramai di siaran langsung TikTok.
Siti depression dan kena serangan anxiety
Sebelum ini, pasangan berkenaan pernah bercerai pada 6 Mei lalu namun mengambil keputusan kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat.
Siti Jamumall kini hamil lima bulan hasil perkahwinan bersama Aiman.



